Surah At-Taubah Ayat 128-129
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah 1430H
Wednesday, December 24, 2008
Sunday, November 16, 2008
Bermula sudah...
Sunday, November 9, 2008
Selamat Hari Lahir
Sunday, November 2, 2008
Lisbon, Portugal?
Sunday, October 19, 2008
Lepak Raya 2008
Kepada rakan-rakan yang masih single tu... kalau bosan-bosan jomlah lepak malam-malam kat rumah saya... pintu rumah akan dibuka untuk anda... :)
Tuesday, October 14, 2008
Pindah
Hari ketiga hujan pula... terencat projek mengecat pagar rumah... tambahan pula kena demam selesema. Orang astro dah call nak pasang petang ni.. so.. taklah bosan sangat.
Tuesday, September 30, 2008
Salam Aidil Fitri 1429H
Tuesday, September 23, 2008
Harapan Ramadhan
Kumengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Kumerayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Kutempuh jua
Monday, September 15, 2008
Monday, September 1, 2008
Sunday, August 31, 2008
Larian Merdeka SMKTTA 2008
Masa: 8.30 pagi
Tempat: SK. Gersik sehingga SMK. Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu Ledang Johor
Jarak: 7 km
Peserta: Guru dan Pelajar SMK. Tengku Temenggong Ahmad dan SMA Shamsudiniah
Salam Kemerdekaan ke-51
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini diilhamkan daripada ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan seluruh rakyat
Lagu Tema
Friday, August 15, 2008
Sebelum bercuti
1. Bersihkan rumah baru - basuh lantai, kutip batu dan simen kesan ubah suai rumah
2. Bertugas sebagai pengawas PTK - 3 hari lagi
3. Kelas tambahan. Hah...!!! Hahhh!!!! Hahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Wednesday, August 13, 2008
Terkejut beruk
1. Harga barang dan upah buat mozek dan lantai... perghh!!!! 10k lebih.......
2. Aku larat pulak angkut pasir depan rumah tu dengan troli... 5 kali angkut... power ranger.. walaupun demam dan batuk-batuk...
3. Pagi tadi laman web peperiksaan takleh masuk... malam ni bila masuk je... tengok kemasukan kerja kursus dah bermula... waaaaa... bagai nak gila mula print borang markah... esok nak bagi cikgu-cikgu sebab minggu depan cuti... mak aiiiiiiii!!!! Tolong aku arrrr ... tak kira.. korang kena kasi markah tu walaupun dalam cuti!!! ...
Monday, August 11, 2008
Hari ini
Sunday, August 10, 2008
Petikan Utusan Malaysia 2
|
|
Objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan taraf pengurusan pusat sumber secara keseluruhan terutamanya dalam pengurusan bahan bacaan, fizikal iaitu susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbirannya. Majlis perasmian penutup program itu yang padat dengan atur cara dan program bagi menjana pembangunan pusat sumber sekolah itu telah disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Muar, Ramli Abdul Samat yang mewakili Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor, Ishak Mahbob dan Pengetua SMK Tengku Temenggong Ahmad, Suradi Sarikon.
Dalam ucapannya, Ramli berharap program itu dapat menjadi motivasi kepada pentadbir sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang kondusif dan mesra pengguna dengan sokongan guru penyelaras. "Prasarana ICT di setiap sekolah kini telah dipertingkatkan lagi dengan adanya pemasangan sistem komunikasi tanpa wayar atau hot spot. "Sehubungan itu, jabatan berharap kemudahan ini akan menjadikan persekitaran sekolah sebagai pusat sehenti kepada pelajar, guru dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat menggunakan hujung jari," katanya.
Pusat sumber SMK Tengku Temenggong Ahmad kini beroperasi di aras 4 bangunan sekolah sejak sekolah itu mula dibuka pada tahun 1965. Ia menyediakan lebih 7,000 bahan bacaan untuk kemudahan pelajar serta kini mempunyai kemudahan ICT tanpa wayar di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Sepanjang tiga hari berlangsung Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah itu, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk, sesi ceramah dan taklimat berhubung ICT untuk 30 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah itu.
Program seperti, menurut Ramli, mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini. "Selain itu, program ini juga bakal meningkatkan tahap kemahiran guru dan pelajar dalam ICT serta meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah, selaras dengan perlaksanaan dan hala tuju Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam)," jelasnya.
Petikan Utusan Malaysia 1
Pusat sumber beri pelbagai manfaat
LEDANG 4 Ogos - Warga pendidik serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu dekat sini berbangga dengan kemudahan pusat sumber sekolah itu yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada mereka.
Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang kian meluas di seluruh dunia, sekolah itu turut tidak ketinggalan malahan kini mampu menyediakan khidmat pengunaan ICT tanpa wayar.
Selain itu, mereka juga berharap Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah berkenaan yang diadakan di sekolah itu sejak minggu lalu diharapkan mampu memperkemaskan struktur susunan pusat rujukan sekolah itu selari dengan kemajuan ICT.
Guru Perpustakaan Media sekolah itu, Salmi Haryati Mat Hussin, 26, berkata, melalui pusat sumber tersebut semua pihak akan memperoleh manfaat menggunakan segala kemudahan yang disediakan sama ada melalui Internet dan wayarles.
"Kemudahan ini bukan sahaja mampu diakses oleh pelajar dan guru, malah orang luar juga boleh menggunakannya selagi mereka berada di kawasan sekolah ini.
"Ini adalah salah satu kelebihan pusat sumber yang kini semakin berkembang pesat dan ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
SMK Tengku Temenggong Ahmad yang mula dibuka sejak 1965 kini mempunyai seramai 640 pelajar tingkatan satu hingga enam serta 56 guru.
Menurut Salmi Haryati lagi, Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan ini diharap menjadikan pengurusan pusat sumber di sekolah itu mampu diperkemaskan dan lebih cekap, khususnya dalam penggunaan ICT.
Sementara itu, Guru Kanan Bahasa sekolah tersebut, Nizar Ali, 44, berkata, program itu mampu meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar dan ia selaras dengan perlaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di setiap sekolah.
Beliau yang berperanan sebagai Setiausaha program Nilam sekolah itu berkata, pengurusan pusat sumber dan minat membaca di kalangan pelajar seolah-olah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan untuk kejayaan murid.
Program Nilam ialah sistem pembacaan buku rujukan di kalangan pelajar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dan pelajar perlu melepasi beberapa tahap sebelum menerima gelaran jumlah buku yang pernah dibacanya.
Menurut Nizar, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Jauhari membabitkan pelajar perlu membaca sejumlah 72 hingga 143 buah buku sebelum diberi anugerah gangsa, diikuti perak untuk mereka yang membaca sejumlah 144 hingga 215 judul buku, emas (216 hingga 287 judul) serta nilam (288 judul ke atas).
Bagi kategori Rakan Pembaca pula, pelajar perlu membaca judul buku antara 100 hingga 199 sebelum dianugerah gangsa, diikuti perak (200 hingga 299), emas (300 hingga 399) dan nilam (400 judul ke atas).
"Saya berharap pelajar dapat memanfaatkan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah ini untuk meminati bidang bacaan yang disediakan di setiap pusat sumber," katanya.
Bagi Pengerusi Pusat Sumber sekolah tersebut, Nur Atikah Abas, 17, pelajar masa kini boleh dianggap bertuah kerana mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk pusat sumber yang lebih canggih.
Katanya, semua kemudahan ini wajar dimanfaatkan kerana ia mampu membantu pelajar untuk berjaya dalam pelajaran, berbanding kemudahan yang terhad di pusat sumber sekolah ketika ICT masih belum berkembang pesat.
"Semua pelajar harus menjadikan pusat sumber ini sebagai tempat untuk membuat rujukan, khususnya dalam bidang ICT dan bacaan kerana ia merupakan gerbang untuk kita melihat apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.
Rakannya yang juga Naib Pengerusi Pusat Sumber sekolah, Mohammad Aniyail Hairudin, 17, pula berkata, kemudahan pusat sumber ini digunakan oleh pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kelengkapan ICT di rumah.
Malah, katanya, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting juga harus menggunakan kemudahan pusat sumber ini dan program khidmat bantu yang diadakan itu membolehkan pengurusannya dinaik taraf.
Thursday, August 7, 2008
Pelajar-pelajar rajin
Tempat Kedua Pengucapan Awam
Latihan kebakaran bahagian 2
Pegawai bomba memberi taklimat dan komen tentang pergerakan pelajar semasa sesi menyelamatkan diri.
Tekun mendengar penerangan daripada pegawai bomba.
Ustaz Rozali nih lebih berminat kepada tayar kereta bomba! Agak-agak boleh pasang pada kereta wira dia tak???
Hehehe... Cikgu Hairunazifah bergambar dengan jentera bomba! Baby dah besar nanti nak jadi ahli bomba macam mana? Hihihihi...
Guru-guru tekun mendengar penerangan pegawai bomba!
Latihan kebakaran Bahagian 1
Wakil pelajar perempuan membuat latihan memadam api. Brutalnya!
Pn. Norhayati berusaha bersungguh-sungguh mencuba membuka pin tong pemadam api.
Akhirnya berjaya juga Pn. Norhayati memadamkan api! Cayalah!
Cikgu Norashikin turut mencuba memadamkan api.
Jentera bomba yang berharga 1.5 juta akhirnya tiba...