Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Thursday, July 30, 2009

Baby Beso




Kecik lagi dah ada adik.. hehehe... sian Maryam...

Baby Kecik

Nur Khadeejah Zahra

Kat pangkuan atuk perempuan pun tidur gak...

Baby ni kerjanya tidur je masa balik kampung minggu lepas. Nak dengar bunyi menangis pun payah. Senang jaga ni....

Monday, July 20, 2009

Projek Khas


Sudah lebih kurang setahun setengah tak turun makan di kantin. Adalah sebabnya.. bukan diet lah.. tetapi tahap tidak 'keberkenanan' yang maha tinggi terhadap perkhidmatan yang disediakan. Jadi hari-hari fikir nak makan apa, nak bawa bekal apa.. bosan betullah. Nak kerja pun tak senang! Benda remeh-temeh macam ini boleh mendatangkan tekanan. Kalau perut lapar macam mana hendak kerja dengan cemerlang dan gemilang. Heh!

Tahun lepas kami sering ambil order daripada orang luar, tak kiralah daripada kakitangan pejabat ke atau budak ke (yang keluarga dia ada kedai makan). Tahun ni pun ada juga, tetapi sebab ada yang selalu terkurang bayar agaknya sehingga menyebabkan rakan yang menguruskannya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk cover, jadi segala order dibatalkan. Mana tahan 'kan kalau asyik kurang sahaja!

Minggu lepas kami (4 orang je) berpakat membawa makanan. Hehehe... ada yang bawa mi kuning, ada bawa telur, ada bawa kuah, ada bawa bawang goreng... maka terhasillah satu menu: mi kuah.. Hari sebelumnya Yong Tow Fu (betul ke ejaan?).

Jadi esok projek baru : soto ayam pulak. Ketupat segera dah rebus ni.. agak-agak boleh bangun tak pukul 5 pagi nak masak sup ayam ni...??? Musykil betul! Kihkihkih....

Kawan-kawan lain: jangan lupa bawa daun sup/bawang, bergedil dan kacang tanah wei...

Wednesday, July 15, 2009

Semak arah kiblat

Petikan daripada BERNAMA

TAWAU, 13 Julai (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam. Katanya pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

Sunday, July 12, 2009

Dibisukan kerana menghina Al-Quran

Dalam video ini Bush sedang memberikan ceramah dengan mengatakan Al Quran mengajar keganasan. Tetapi sebelum beliau habis ucapan tersebut, Allah telah mengelukan lidahnya......... Lihat dan dengar videonya:

Tuesday, July 7, 2009

Mari membeli-belah


Rasa-rasa penuh tak troli ni?

Hari Kantin 2009




Baru sempat muat naik gambar gerai jualan Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Seni Visual & Fotografi sempena Hari Kantin/Hari Kokurikulum 2009. Tahniah kepada semua AJK Gerai Jualan kedua-dua persatuan kerana dapat memberi komitmen dalam menjayakan program tersebut.

Baby baru


Tepat pukul 11.00 malam 6 Julai 2009, baby girl beratnya 3.1kg dilahirkan. Horreeyy.. saya dapat seorang lagi anak saudara. Jumlah sekarang sudah 8 orang semuanya.... :)

Saturday, July 4, 2009

Al-Fatihah


Al-Fatihah untuk nenek saudara, Tok Chot yang telah pulang ke Rahmatullah pada 12.45 tengah hari 4 Julai 2009. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah S.W.T dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran