Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Sunday, October 19, 2008

Lepak Raya 2008

Jumaat lepas, 17 Oktober 2008 ada lepak raya kecil-kecilan di rumah baru. Bukan tak mahu buat marhaban atau rumah terbuka... al-maklumlah rumah baru. Kelengkapan belum cukup... pinggan mangkuk pun ala kadar je.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir. Antara rakan yang hadir ialah Cikgu Haneeza, Cikgu Hasmiza, Cikgu Mazlah, Cikgu Fizwani, Cikgu Madihah, Cikgu Hairunazifah, Cikgu Saodah, Cik Fadilah, Pn. Norhayati, Pn. Harlina, Pn. Rosnani, dan Pn. Fadzilah. Terima kasih banyak-banyak. Kali pertama rumah saya gamat dan meriah dengan suara anda. Maaflah makanan pun ala kadar sebab baru balik kerja.. tak sempat nak buat yang special untuk kalian. Nasib baik ada adik dan ibu bapa yang menolong. Tahun depan insya'allah.. kalau ada rezeki dan kesempatan, akan buat yang lebih havoc.. hehehe..

Kepada rakan-rakan yang masih single tu... kalau bosan-bosan jomlah lepak malam-malam kat rumah saya... pintu rumah akan dibuka untuk anda... :)

Tuesday, October 14, 2008

Pindah

Aidilfitri sudah masuk minggu kedua. Sabtu lepas mula mengemas rumah. Perabot asas sudah dibeli. Barang-barang masuk satu persatu mengikut budget yang ada. Sudah 3 hari tinggal di rumah baru. Malam pertama bunyi pelik-pelik... ingatkan ponti...rupanya bunyi kelawar.. cisss... menakutkan je... dahlah tinggal seorang diri.. kelawar nih buat projek menakutkan orang pulak!

Hari ketiga hujan pula... terencat projek mengecat pagar rumah... tambahan pula kena demam selesema. Orang astro dah call nak pasang petang ni.. so.. taklah bosan sangat.

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran