Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan Ke-52

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita bertuah berada di negara ini dan menjadi rakyat di Malaysia. Semoga pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan ini tidak akan sia-sia. Bebaskan diri dan minda kita daripada penjajahan bentuk baru...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 - 2010

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000 Keranamu Malaysia
2001 Keranamu Malaysia
2002 Keranamu Malaysia
2003 Keranamu Malaysia
2004 Keranamu Malaysia
2005 Keranamu Malaysia
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Transformasi

Awal cuti

Duduk atas meja kaca ni best!

Sila tengok trick terbaru saya!

Lepas merangkak jatuhkan badan.. lepas tu merangkak balik dan jatuhkan badan berulang kali... Sebab: nak buat lawak kasi atuk perempuan ketawa..

Lepaskan saya! Grrrrr...

Beso betul bola ni.. macam mana nak sepak???

Friday, August 28, 2009

2 hari sebelum cuti




Pada hari Jumaat sebelum cuti bawa kek cawan dan brownie ke sekolah untuk rakan-rakan. Saja suka-suka selepas menerima berita gembira. Ditempah khas dari pantai timur. Yang menetap di kawasan Dungun dan sekitarnya bolehlah membuat tempahan kek dan brownies melalui blog ini http://naemahonlinebakery.blogspot.com sekiranya ingin mengadakan majlis harijadi untuk anak-anak...

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua rakan dan sanak saudara!

Friday, August 14, 2009

Berita gembira

Akhirnya.. setelah menunggu agak lama, barulah dapat berita gembira. Horeyyyyy.... Alhamdulillah.

Wednesday, August 12, 2009

Satu lagi petua

Satu lagi petua yang saya dapat untuk mencegah wabak H1N1 yang sedang melanda ini ialah banyakkan makan bawang putih atau tambahkan dalam masakan. Bawang putih ini banyak khasiatnya. Terima kasih kepada cikgu Mazlah kerana forward sms berkenaan hal ini.

Mudah-mudahan dengan izin Allah S.W.T, kita dijauhi daripada penyakit ini. Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Ubat selesema babi?

Terbaca dalam sebuah blog. Dikatakan segelintir penduduk Thailand mengubat penyakit selesema babi dengan cara berikut:

kurma
air kelapa

Masukkan kurma ke dalam mangkuk. Tuang air kelapa dan rendam selama sejam dua. Selepas itu minum air kelapa dan makan buah kurma tersebut.

Mudah-mudahan cara ini berkesan. Wallahualam.

Monday, August 10, 2009

Hadiah

Hadiah daripada Cikgu Siti Uminah. Katanya sempena pindah rumah baru. Terima kasih!

Ni bekas garam dan asam terbaru... hehehe... simpan dulu barang-barang kaca. Guna tembikar pula. Kirim beli dengan Cikgu Siti Uminah di Ayer Hitam. Warna padan dengan kabinet dapur. Pandai betul Kak Ct ni menawar.... isk isk...

Wah, apa nak isi dalam bekas-bekas ni???

Happy Birthday Girls

Cikgu Ayu memotong kek hari lahir beliau. Sedap kek ni.. Terima kasih!


Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Ayumalasari, Cikgu Salmi, Cikgu Siti Haisah dan Cikgu Nabila yang lahir pada bulan Ogos. Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Dulu-dulu bilik guru perempuan agak meriah kerana setiap bulan kami akan buat makan-makan bagi guru yang menyambut hari lahir. Tapi sekarang??? Hehehe.. orang yang sambut hari lahir kena buat majlis sendiri... Apa dah jadi eh?

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran