Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidil Fitri 1429H


Assalammualaikum wbt. Kepada semua kaum keluarga, sahabat, rakan dan kenalan yang dekat mahupun jauh, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri. Andai ada terkasar bahasa atau tutur bicara mahupun tingkah laku yang menyinggung hati , saya dengan tulus ikhlas ingin memohon sejuta kemaafan daripada anda semua. Jika ada yang termakan dan terminum, saya dengan rasa rendah hati ingin minta dihalalkan. Sekiranya anda ada masa, dan kelapangan saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda ke rumah. Semoga raya pada tahun ini memberi kebahagiaan dan bermakna kepada kita semua. Amin!

Tuesday, September 23, 2008

Harapan Ramadhan



Kumengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Kumerayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Kutempuh jua

Monday, September 15, 2008

Budak Dalam Bakul


Hari ini Insya'allah hari Ke-15 umat Islam berpuasa. Sedang membuat persediaan hari raya.

Monday, September 1, 2008

Aiman Haiqal

Apa engok-engok... aye tau la epi aye embam!

Angan ubit epi aye. Umbuk kang!

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran