Surah At-Taubah Ayat 128-129
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Promosi tepung kek coklat lembab istimewa
Anda boleh memilih perkhidmatan POS LAJU atau POS PARCEL.
Pembayaran boleh dibuat melalui
Maybank2u (sila email sy utk no.akaun)
Teringin nak try..test..makan...beli lahh ..tunggu ape lagi
SILA HUBUNGI KAMI DI SINI:
zikrymania@yahoo.com.my
atau call/sms
013 9331042
Blog kami:
http://naemahonlinebakery.blogspot.com
Tuesday, May 26, 2009
Lemak Bab 1 dalam produk
Satu artikel tentang kod emulsier ini:
Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Pengetahuan Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia. Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut. Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Friday, May 22, 2009
Thursday, May 21, 2009
Microsoft Crazy Facts
1)Buka program Microsoft Word dan taip ini:
=rand (200, 99)
2) kemudian anda ENTER
Apakah yang terjadi?
Saturday, May 16, 2009
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Friday, May 15, 2009
Guru Pembina Negara Bangsa
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Thursday, May 14, 2009
Minggu Keempat
Minggu Ketiga
Wednesday, May 6, 2009
Avant
Selesema Bab 1
KUALA LUMPUR 6 Mei — Wabak Influenza A (H1N1) meningkat kepada 1,490 kes setakat semalam dengan 30 kematian dicatat.Tiada pertambahan pada bilangan negara yang terlibat dengan jangkitan wabak.Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya semalam memaklumkan 29 kes kematian berlaku di Mexico dan satu kes di Amerika Syarikat. Mexico dilaporkan dijangkiti 822 kes sehingga semalam berbanding 590 kes pada hari sebelumnya, manakala Amerika Syarikat melaporkan 403 kes positif ujian makmal.
Negara yang melaporkan peningkatan kes positif ujian makmal tetapi tiada kes kematian setakat semalam berbanding pada hari sebelumnya, ialah Kanada dengan 140 kes dari 39 kes, Jerman meningkat kepada lapan kes dari satu kes, Itali kepada lima kes dari tiga kes, Korea Selatan kepada dua kes dari satu kes. Sepanyol kepada 57 kes dari tiga kes dan United Kingdom kepada 27 kes dari sembilan kes.Statistik di negara-negara lain adalah sama seperti hari sebelumnya.WHO masih mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik pada Fasa 5 sehingga semalam. Ia juga belum menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan serta penutupan sempadan oleh mana-mana negara.
Dr Ismail berkata sehingga kini, Malaysia masih belum melaporkan sebarang kes setelah kesemua sembilan pesakit yang dimasukkan ke wad isolasi bagi tujuan siasatan dan pemerhatian, iaitu tujuh di Hospital Sg Buloh, satu di Hospital Sultanah Aminah di Johor BahAru dan satu di Hospital Umum Sarawak, disahkan negatif.Katanya saringan kesihatan di semua pintu masuk negara yang menerima kemasukan pelawat dari negara-negara yang dilanda wabak serta kepulangan rakyat Malaysia dari negara-negara berkenaan juga dipertingkat.
“Sehingga semalam, 46 penerbangan dan 5,019 penumpang yang tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang telah disaring dan tiada antara mereka yang dirujuk ke hospital,” katanya. Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya seboleh-bolehnya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang dikesan mempunyai wabak. Mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara berkaitan perlu membuat pemeriksaan sendiri dan sekiranya mempunyai tanda-tanda demam, batuk atau tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan, diminta supaya mendapat rawatan.