Surah At-Taubah Ayat 128-129
Sunday, June 28, 2009
Friday, June 19, 2009
Berbekam juga akhirnya...
Selalunya tengok orang lain kena bekam. Tetapi hari ini buat bekam juga akhirnya iaitu sebanyak 20 cawan. Buat bahagian bahu. Pengalaman tu sebab kali pertama seumur hidup. Pedih sikit kulit masa dihiris. Pastu keluar darah beku.. Ngeri tengok.... Tapi lepas dah siap.. huh... rasa ringan bahu... So kepada rakan-rakan yang nak mencuba perubatan Islam ini... silalah.... sunnah Nabi tu... :)
Wednesday, June 10, 2009
KKM sahkan ACYW135 halal
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya.
Berita lanjut
Tuesday, June 9, 2009
Bekam (Al-Hijamah)
Hari ini saya menjemput Pn Sabariah dan suaminya ke rumah untuk menjalankan proses bekam ke atas abah kerana kesihatannya yang tak begitu memuaskan. Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi membantu.
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".
Kebaikan Berbekam
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
- Membuang darah bertoksik.
- Membuang segala gangguan makhluk halus.
Penyakit yang boleh diubati dengan Bekam :
Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis/Alergic, Masalah Pada Mata, Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma/lelah dan paru paru, Batuk,Hati/Liver/Hepatitis, Pundi Hempedu, Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang, Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung, Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis,Batu karang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Strok, Masalah Buah Pinggang, SIHIR dan masalah penyaki lain.
Monday, June 8, 2009
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)