Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Thursday, March 12, 2009

Mari Membuat roti!



Aktiviti masa senggang: belajar buat roti
Chef: Cikgu Rohani
Anak murid: Cikgu Rohana

Resepi Roti
Bahan:
1/2 kilo tepung gandum
4 sudu gula pasir
4 sudu marjerin/lemak sayuran
1 sudu kecil ibu roti (mauripan)

Cara-cara:
1. Larutkan sedikit ibu roti di dalam air suam dan kemudian masukkan 2 sudu tepung gandum. Tambah sedikit air dan kacau sehingga sebati. Biarkan naik selama 15 minit. Ketepikan.
2. Larutkan gula di dalam setengah cawan air panas. Biarkan sejuk.
3. Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk. Tuangkan ibu roti yang telah naik, air gula dan marjerin/lemak sayuran. Uli hingga sebati. Jika adunan terlalu keras tambahkan air sehingga lembut dan boleh dibentuk. Tumbuk-tumbuk adunan dan uli lagi. Kalau perlu baling campak-campak dalam mangkuk adunan. (sehingga jiran sebelah terkejut!)
4. Bahagi adunan kepada bahagian yang kecil. Bulat-bulatkan adunan. Susunkan adunan ke dalam acuan pembakar yang telah disapu dengan marjerin. Biarkan adunan selama satu jam atau sehingga adunan telah naik sekali ganda.
5. Bakar sehingga masak. Cucuk dengan pisau atau garpu. Jika tidak melekat bermakna roti telah masak.

p/s: Jika suka masukkan inti yang digemari semasa membulatkan adunan. Roti ini sesuai dimakan semasa panas-panas. Kalau tunggu esok alamat habislah... ( dimakan oleh orang lain la... hehehe). Terima kasih kepada Cikgu Rohani kerana sudi memberi ilmu membuat roti.

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran