Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Monday, July 20, 2009

Projek Khas


Sudah lebih kurang setahun setengah tak turun makan di kantin. Adalah sebabnya.. bukan diet lah.. tetapi tahap tidak 'keberkenanan' yang maha tinggi terhadap perkhidmatan yang disediakan. Jadi hari-hari fikir nak makan apa, nak bawa bekal apa.. bosan betullah. Nak kerja pun tak senang! Benda remeh-temeh macam ini boleh mendatangkan tekanan. Kalau perut lapar macam mana hendak kerja dengan cemerlang dan gemilang. Heh!

Tahun lepas kami sering ambil order daripada orang luar, tak kiralah daripada kakitangan pejabat ke atau budak ke (yang keluarga dia ada kedai makan). Tahun ni pun ada juga, tetapi sebab ada yang selalu terkurang bayar agaknya sehingga menyebabkan rakan yang menguruskannya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk cover, jadi segala order dibatalkan. Mana tahan 'kan kalau asyik kurang sahaja!

Minggu lepas kami (4 orang je) berpakat membawa makanan. Hehehe... ada yang bawa mi kuning, ada bawa telur, ada bawa kuah, ada bawa bawang goreng... maka terhasillah satu menu: mi kuah.. Hari sebelumnya Yong Tow Fu (betul ke ejaan?).

Jadi esok projek baru : soto ayam pulak. Ketupat segera dah rebus ni.. agak-agak boleh bangun tak pukul 5 pagi nak masak sup ayam ni...??? Musykil betul! Kihkihkih....

Kawan-kawan lain: jangan lupa bawa daun sup/bawang, bergedil dan kacang tanah wei...

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran