Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah

Sultan Johor mangkat
22/01/2010 11:25pm

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.

- Utusan

Rakyat dan penduduk Johor diminta berkabung mulai esok selama 7 hari . Bendera Johor akan dinaikkan separuh tiang, lelaki Melayu berkabung dengan memakai lilitan putih bersaiz 2 inci di songkok dan perempuan Melayu di Johor memakai tudung putih. Bagi bangsa lain dan mereka yang beruniform berkabung dengan memakai lilitan kain berwarna hitam bersaiz 3 inci di lengan kiri. Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan pada hari esok.

Jenazah akan disemayamkan di Dewan Besar Istana Besar JB esok. Rakyat Johor boleh membuat penghormatan terakhir mulai 9 pagi sehingga 1030 dan mulai pukul 1100 pagi -1200 adalah waktu penghomatan terakhir bagi orang kenamaan. Almarhum akan dimakam di makam diraja Makam Mahmodiah esok pada pukul 2 petang.

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran