Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Monday, September 27, 2010

Konvokesyen Adikku







23 tahun lepas, budak ini lebih kurang umurnya seminggu selepas dilahirkan , dia dimasukkan ke hospital kerana sakit perut. Pada masa itu emak masih dalam tempoh berpantang. Aku kena jaga dia sehari sebab mak cikku balik ke rumah untuk mengambil baju sebelum menjaganya di hospital. Apalah yang seorang remaja berusia 15 tahun tahu untuk menjaga bayi sekecil itu... Nurse suruh bawa dia sana aku pergi, nurse suruh bawa dia ke sini aku dukung. Nurse bagi suntikan kat bayi tu.. aku tengok dengan was-was.. betul ke nurse ni.. Budak ni memang rapat denganku... Masa aku mula-mula masuk ke universiti dia baru berusia 4 tahun... selalu tidur di katilku yang kosong... Dia tak mahu bersekolah tadika sebab dia kata apalah sekolah makan. Jadi terpaksalah kami sekeluarga jadi cikgu dengan mengajarnya membaca ABC. Kadang-kala dia mengikut abahku ke kebun getah. Sambil menoreh getah, abah mengajarnya menulis di atas pasir. Aku pun kadang kala mengajarnya membaca dengan melagukan ABC. Sampai sekarang dia masih macam budak kecil walaupun sudah lebih tinggi daripadaku.. Kalau komputer dia rosak je... mulalah mengadu...

Tetapi pada tanggal 27 September 2010, dia telah sah menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia dalam Kejuruteraan Petroleum. Dan aku sesungguhnya berbangga dengannya. Mudah-mudahan dia terus buat kami sekeluarga berbangga dengan berjaya dalam hidupnya. Dan semoga dia tidak lupa membalas jasa abah dan emak yang telah banyak berkorban untuknya. Amin...

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran