Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Monday, April 11, 2011

Diari Banjirku Bahagian 3

Selasa, 8 Februari 2011

Pada pukul 3 petang, aku dan sahabatku Hasmiza meredah banjir sepanjang 500 meter menuju ke arah rumahku dengan membawa pengaut air, berus dan sabun. Air masih dalam separas peha. Kami merancang hendak menjenguk rumahku dan membuang lumpur sebelum air kering di dalam rumah.

Air masih lagi dalam di jalan menuju ke sekolah rendah. Paras peha bagi kami yang tinggi. Seperti sedalam aku meninggalkan rumah seminggu yang lalu.

Di depan kedai runcit

Jalan masuk ke taman perumahanku

Setibanya kami di depan rumahku, air masih di paras buku lali. Jiran tetangga mulai membasuh rumah masing-masing. Alahai... sedihnya..

Ini rumahku.. apakah nasib rumahku?

Lumpur di luar rumah.. air sudah kering..

Lumpur lagi

Aku seperti hendak pengsan melihat keadaan rumah yang tunggang langgang dengan lantai, dinding dan perabot-perabot serta barang-barang dipenuhi lumpur. Miza mencadangkan kami menolak lumpur dahulu setakat yang boleh. Aku memang dah 'blur'. Nak buat apa-apa pun serba tak kena. Sehingga pukul 6 kami cuba menolak lumpur yang semampu.. Akhirnya kami balik meninggalkan rumah yang tunggang-langgang.

Bilikku.. aduhaiiiii..

Lumpur lagi

Bilik kerjaku..

Ruang tamu

Bilik kerjaku tunggang-langgang. Macam mana aku boleh terlupa nak selamatkan mesin jahit dan printer??? Rosak semuanya..

Dapur masakku.. habis kena lumpur..

Pinggan mangkukku..

Meja makanku.. terbalik barang-barangku.

Macam mana nak bersihkan ni?

Habis almari bajuku.. menyesal tak angkut sekali masa lori datang..

Bilik ketigaku

Rabu, 9 Februari 2011

Ketika rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan sekolah, aku meredah air lagi untuk ke rumah. Aku dihantar oleh abah separuh jalan. Air semakin surut di jalan besar. Sampai sahaja di rumahku, aku terus mencuci dahulu bilik utama seorang diri. Rasa sedih tidak terkira. Namun rasa sedih terubat apabila kira-kira hampir pukul 12.30 tengah hari, kawan-kawanku tiba satu kereta. Mereka meredah banjir dengan kereta!!! Terima kasih tidak terhingga kepada Hasmiza, Kak Saodah, Kak Aaisyah, Nabila dan Kak M Azlin kerana sudi datang membantu. Jasa kalian amat kuhargai. Petangnya Nonie menghantar nasi goreng buatku. Terima kasih daun keladi!

Bilik yang dapat kubersihkan seorang diri. Hehehe..

Ruangan dapur yang dibersihkan oleh kawan-kawan.

Terima kasih kawan-kawanku..

70% bersih

Khamis, 10 Oktober 2011

Aku ke sekolah sebentar menjenguk keadaan sekolah. Semua rakan siap sedia hendak melakukan gotong-royong. Belum sempat aku meminta izin Tuan Pengetua hendak ke rumahku, beliau menegurku dan bertanya keadaan rumahku. Beliau menyuruhku pulang membersihkan rumah selepas melaporkan diri ke sekolah. Terima kasih Boss!!! Aku segera ke rumah dan mula membersihkan barang-barang. Namun dalam pukul 9 pagi, Mak Cik Siah, Pak Cik Amin, dan sepupuku Dr Pie tiba dengan kereta baru Dr Pie.. Honda City.. waaaaa... Terharunya aku sebab mereka datang jauh dari Mersing dan JB semata-mata hendak menolongku.. Sob-sob terharunya.. Dr Pie sanggup mengambil cuti pula tu... selepas itu tiba Pak Cik Puat, abah dan adikku Shaful datang membantu. Terima kasih keluargaku. Aku sayang kamu semua..


Mak Cik Siah kata, kalau dalam keadaan ini, tuan rumah memang tak tahu nak buat apa-apa. jadi biar orang lain sahaja yang keluarkan barang-barang. Aku mengangguk sahaja.

Sepupuku Pie yang mengambil cuti.. terima kasih Doc..

Penat sungguh Pak Cik Amin menolongku

Abah, Pak Cik Puat, Pak Cik Amin dan Mak Cik Siah

Mak Cik Siah menyuruh semua barang dikeluarkan dan rumah dikosongkan supaya senang kami membersihkan rumah.

Tilam kena angkut keluar

Barang lagi

Kotornya!

Banyak barang aku rupanya!!!

Semasa kami sibuk membersihkan rumah, kawan-kawan sekolahku datang menjenguk. Antara kuingat ialah Kak Siti Suria, Hana, Salmi, Wani, Fiza, Siti Aisah, Umi dan Nafidah. Selepas itu datang Nonie menghantar mihun goreng buat kami. Terima kasih lagi Nonie. Buat susah-susah je..

Petangnya Mak Cik Siah sekeluarga balik ke Mersing... alahai.. kesiannya mereka penat menolongku. Ingatkan mereka tidur dulu di kampung sehari dua.. Selepas itu adikku sekeluarga balik dari Terengganu.

Jumaat, 11 Februari 2011

Aku dan dua anak saudaraku yang kecil-kecil belaka datang menolong membasuh pinggan mangkuk dan barang-barang. Kemudian adik perempuanku Siti yang baru balik dari Banting datang membantu. Barang-barang rosak segera dibuang kerana pekerja pembersihan MDMU akan datang mengangkut barang-barang di luar rumah.

Basuh pinggan mangkuk

Ini anak dara kecik Zati yang rajin membantuku.. dapat upah daripadaku.. hehehe

Dah datang...

Antara barang yang dibuang. Ada lagi dua buah tilam yang dibuang dan perabot yang rosak.

Sampah sarap kubungkus kemas dalam plastik sampah.

Petang, abangku sekeluarga pula pulang. Riuh rendah rumah keluargaku.

Sabtu, 12 Februari 2011
Aku ke rumahku mengemas lagi bersama adik-adik dan anak-anak buahku. Kemudian aku meminta adikku membelikan Water jet Pump. Petang abangku bersama sepupuku datang menghantar mesin basuh dan membawa balik perabot rosak yang tak sempat dibuang. Malam aku dan adik perempuanku mencuba alat baru tu. Air agak perlahan. Rosak ke???


Ahad, 13 Februari
Aku mengemas lagi kerja membersih yang tak siap-siap. Kemudian datang abangku dan anak-anak buahku yang kecil-kecil.. menolong mengemas kononnya.. hahahaha.. tengok le gambar mereka..

Alif Najmee yang rajin

Ini bukan penganiayaan kanak-kanak tau.. mereka rela membantu mak cik mereka!

Maryam yang comel.. rajin sungguh!

Pak Usu jadi mandur pulak!

Dua orang anak dara cilik yang rajin menyental lumpur.

Upah aiskrim

Anak dara seorang ni makan ais krim juga!

Isnin, 14 Februari 2011

Aku mengambil CRK hari ini untuk membersihkan rumah. Sebelum ke rumah, aku kedai untuk menukar Water Jet Pump yang rosak. Rupa-rupanya tersumbat. Selepas itu aku membersihkan barang-barang kotor. Tapak tanganku dah mengelupas dan tanganku tumbuh ruam kerana seminggu bermain dengan air, lumpur dan sabun. Petangnya aku hendak mencuba WJP pulak hendak membersihkan lumpur di luar rumah. Baharu sahaja aku hendak memetik suis, abah dah ada di belakangku.. Alahai tak dapat nak bermain dengan WJP sebab abah dah take over!

Dapur yang sudah bersih

Bilikku juga sudah bersih

Bilik belakang yang bersinar-sinar

Bilik kerjaku lapang dan bersih

Bawa pulang TV dahulu sebab boring tak ada benda nak tengok lepas penat buat kerja membersih.

Pinggan mangkuk yang sudah siap dicuci
Banyak rupanya pinggan mangkuk aku sebab kotak-kotak dah hancur..

Lagi barang yang siap dibersihkan

Ruang tepi rumah yang berlumpur dan sudah kering

Heroku abahku jua yang datang menolong

Kuat sungguh air dari WJP

Selepas 14 Februari 2011

Setiap hari selepas balik sekolah, aku akan datang ke rumah membersihkan barang-barang. selama lebih kurang dua minggu aku berulang-alik dari rumah keluarga ke rumahku keadaan tidak mengizinkan aku tidur di rumahku. Selepas agak bersih baharulah aku sedia untuk tidur di rumah sendiri. Itu pun keadaan kurang selesa. Sehingga ke hari ini aku masih mengemaskan rumah perlahan-lahan.

Banyak pengajaran dan hikmah yang aku dapat daripada bencana banjir ini. Antaranya aku sedar kesilapanku membeli barang-barang yang tidak banyak kegunaan untukku di rumah ini. Aku sudah serik membazir. Kedua, apabila ditimpa bencana sebegini, sokongan daripada keluarga sangatlah penting sama ada sokongan moral ataupun tenaga. Ketiga, sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan sangatlah bernilai. Keempat, kita dapat menilai sendiri yang mana rakan sejati dan yang mana rakan bergembira sahaja. Kelima, janganlah berfikir kita sahaja bernasib malang sedangkan ada orang yang senasib dengan kita dan malahan ada yang kehilangan rumah dan harta. Keenam, bersyukurlah kerana jika tidak mendapat Ujian-Nya, kita masih leka dan alpa mengerjakan suruhan-Nya. Tidak semua orang berpeluang menerima ujian daripada-Nya.

Ya, Allah, jauhilah bencana ini dan semoga banjir tidak lagi berulang. Namun, sekiranya berulang lagi, aku pasrah dengan takdir-Mu berikanlah aku kekuatan menghdapinya. Dan sesungguhnya aku bersedia kerana aku telah mempunyai pengalaman menghadapinya. Amin.

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran