Rabu, 2 Februari 2011
Sejak malam tadi bekalan elektrik terputus. Jalan besar di hadapan kampungku telah mulai dinaiki air. Bermakna air di dalam rumahku sendiri sudah paras pinggang. Jarak antara rumahku di taman dengan jalan masuk ke kampungku lebih kurang 1 kilometer. Jika diukur dari tepi sungai lebih kurang 1 setengah kilometer ke jalan masuk kampungku. Malam tadi aku dengan emak tidak senang duduk. Lebih kurang 12.30 tengah malam, aku dan emak menyuluh air di jalan kampung. 70 meter lagi hendak sampai ke halaman rumah. Air semakin deras melintasi jalan kampung ke arah rumah. Emak kata kami tidak boleh leka lagi.

Khamis, 3 Februari 2011
Kami sekeluarga menumpang di rumah Pak Cik Puat, iaitu adik emak. Rumahnya di sebelah rumah kami. Mujurlah rumahnya tidak dimasuki air walaupun keliling rumah telah dipenuhi air.
Di dapur air lagi dalam.
Sabtu, 5 Mei 2011
Air semakin surut. Terkejut apabila mendapati tingkap telah dipecahkan oleh orang dan pintu tengah telah terbuka. Mujur ada pintu grill. Ada orang yang berniat hendak mencuri. Mengambil kesempatan atas kesusahan orang. Aku segera memeriksa barang-barang dan tiada yang hilang. Aku dah abah mengambil keputusan hendak tidur di rumah malam ini. Kami jangkakan air akan surut dan berhasrat mencuci rumah apabila air semakin surut di dalam rumah. Aku dan abah telah meredah jalan kebun kelapa sawit hendak keluar ke Pekan Bukit Gambir kerana jalan besar tersekat dengan banjir. Kami melalui jalan tanah merah berlekuk-lekuk dan terus keluar melalui jalan ke Tangkak. Adventurenya perjalanan! Malam aku dan abah tidur di rumah. Dua bilik telah surut airnya dan dibersihkan.

Kaca tingkap yang dipecahkan orang.
Ahad, 6 Februari 2011
Banjir telah surut. Malangnya air surut pada waktu malam. Jadi tidak boleh mencuci rumah. Bekalan air paip pun tiada. Rumah kotor betul!

Kotornya lantai!
Isnin, 7 Februari 2011
Sepatutnya aku mulai bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina. Tetapi jalan masih tersekat. Kawan-kawan melapor diri di sekolah berhampiran. Aku? mangsa banjir le... Air paip sudah pulih. Aku dan abah mulai mencuci rumah. Sukarnya menyental lumpur yang sudah melekat!

No comments:
Post a Comment