Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Saturday, January 28, 2012

Ujian Allah Bahagian 2



30 Disember 2011
Hari kedua berada di hospital. Keluarga dan rakan-rakan mula melawat. Adikku Anuar sekeluarga pulang dari Terengganu. Sedih rasa di dalam hati sebab inilah kali pertama dimasukkan ke hospital dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan. Rakan-rakan yang datang melawat ialah Kak Jamilah dan suami, Kak Siti Uminah, Haneeza dan Mona, Saadiah sekeluarga bersama Hana. Tidak ketinggalan Nurul dan ibunya yang singgah selepas melawat adiknya di hospital. Selepas maghrib baharulah aku dapat berpindah ke Wad 18 Kelas 1 daripada Wad 9 Kelas 3. Lega rasa hati sebab dapatlah berehat dengan selesa. Malamnya adikku Siti menemani.



31 Disember 2011
Doktor memberitahu aku menghidapi Autoimmune Hemolytic Anemia. Darah merahku dipecahkan oleh antibodiku sendiri. Nampaknya antibodi aku sendiri tak kenal kawan sendiri. Huh! Doktor memberiku steroid supaya antibodiku tidak terlalu aktif. Batuk dan demam mula melanda. Keluarga dan rakan-rakan tidak putus-putus melawatku. Malam ini aku sendirian menyambut Tahun Baru 2012 di hospital. Hari ini dalam sejarah. Pil-pil dan jarum adalah rutin harianku.

1-3 Januari 2012
Rawatan seperti biasa. Doktor mengambil darah setiap hari. Bengkak-bengkak tanganku. Pil-pil punyalah banyak harus kutelan sampai rasa loya nak termuntah. Berulang-alik ke bilik air perkara biasa. Rasa lega selepas 6 hari apabila doktor membenarkanku keluar wad. 3 Januari 2012 (Selasa) aku keluar wad tetapi aku terpaksa semua ke hospital lagi 2 minggu untuk pemeriksaan doktor.

Saturday, January 14, 2012

Ujian Allah Bahagian 1



28 Disember 2011
Rasa tidak sihat sudah lama tetapi dianggap demam biasa. Teman-teman menyarankan ke klinik untuk pemeriksaan doktor selepas tamat Mesyuarat Guru kerana mereka terkejut melihat mukaku yang pucat kuning. Terus balik ke rumah emak. Petang minta abah menghantarku ke klinik kerana tidak larat memandu. Doktor Jelita memeriksaku dan menyarankanku ke hospital segera untuk ujian darah.

29 Disember 2011
Pagi-pagi lagi ke hospital di Klinik Maharani dengan ditemani abah. Letih menunggu giliran. Lepas bertemu doktor, dia menyuruh aku membuat ujian darah dan urine. Selepas mendapat keputusan, doktor memeriksaku dan temenung sebentar sambil membuka buku notanya.. Katanya jaudice. Aku terus diarahkan masuk wad... Wad???? Aku tak pernah masuk wad!!! Aku segera memberitahu abah dan aku diarahkan masuk ambulan untuk dihantar ke wad. Maka masuk le aku wad 9 Katil No 23. Rasa tak tahu nak kata apa....

Duduk sahaja di katil.. aku mula dikerumuni doktor dan pasukan doktor pelatihnya.. dah jadi bahan uji kaji.. macam orang bodoh sahaja dibuatnya. Tapi apabila dah kerjaya aku sebagai guru, mulut mulalah bertanya macam-macam... doktor kata darahku kurang kerana pecah. Pecah sebab apa... doktor kata banyak sebab... belum tahu puncanya. Darahku diambil... jarum dicucuk sana sini.. sakitnya tak terperi.. Jururawat kata darahku rendah.. Hb: 4 sahaja masa masuk wad.. aku tanya normal berapa... dia kata dalam 11-15... pulak...

Waktu petang.. abah, emak dan adikku siti datang.. begitu juga dengan makcik Ros dan keluarga.. terhiburlah sikit.. apabila mereka balik.. rasa meleleh je air mata... tinggal sorang-sorang di hospital.


Lepas maghrib seorang jururawat kata aku akan dimasukkan darah tengah malam nanti. Rasa takut pun ada sebab darah orang lain akan dimasukkan dalam badan.. selamatkah? Namun dengan rasa berserah kepada Allah, aku menandatangani borang yang dihulurkan oleh doktor selepas dia menerangkan risiko menerima darah. 12.30 malam darah mula dimasukkan ke dalam badanku. Tetapi malangnya susah mengalir... datang seorang doktor lain mengejutkan aku dari tidur untuk mencucuk jarum pada tangan sebelah lagi kerana darah tadi tidak dapat masuk dengan baik... adoii le... kena jarum lagi... Baru aku tahu aku ni mempunya darah jenis B+. Nampaknya darah yang kuterima tadi sesuai dengan badanku.. Alhamdullilah. Sampai ke pagi aku tidak dapat tidur kerana sekejap-sekejap jururawat datang memeriksa tekanan darah.

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran