Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Saturday, January 28, 2012

Ujian Allah Bahagian 2



30 Disember 2011
Hari kedua berada di hospital. Keluarga dan rakan-rakan mula melawat. Adikku Anuar sekeluarga pulang dari Terengganu. Sedih rasa di dalam hati sebab inilah kali pertama dimasukkan ke hospital dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan. Rakan-rakan yang datang melawat ialah Kak Jamilah dan suami, Kak Siti Uminah, Haneeza dan Mona, Saadiah sekeluarga bersama Hana. Tidak ketinggalan Nurul dan ibunya yang singgah selepas melawat adiknya di hospital. Selepas maghrib baharulah aku dapat berpindah ke Wad 18 Kelas 1 daripada Wad 9 Kelas 3. Lega rasa hati sebab dapatlah berehat dengan selesa. Malamnya adikku Siti menemani.



31 Disember 2011
Doktor memberitahu aku menghidapi Autoimmune Hemolytic Anemia. Darah merahku dipecahkan oleh antibodiku sendiri. Nampaknya antibodi aku sendiri tak kenal kawan sendiri. Huh! Doktor memberiku steroid supaya antibodiku tidak terlalu aktif. Batuk dan demam mula melanda. Keluarga dan rakan-rakan tidak putus-putus melawatku. Malam ini aku sendirian menyambut Tahun Baru 2012 di hospital. Hari ini dalam sejarah. Pil-pil dan jarum adalah rutin harianku.

1-3 Januari 2012
Rawatan seperti biasa. Doktor mengambil darah setiap hari. Bengkak-bengkak tanganku. Pil-pil punyalah banyak harus kutelan sampai rasa loya nak termuntah. Berulang-alik ke bilik air perkara biasa. Rasa lega selepas 6 hari apabila doktor membenarkanku keluar wad. 3 Januari 2012 (Selasa) aku keluar wad tetapi aku terpaksa semua ke hospital lagi 2 minggu untuk pemeriksaan doktor.

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran