
Jumaat, 20 Julai 2012 aku ke Hospital
Pakar Sultanlah Fatimah untuk temu janji doktor. Alangkah terkejutnya
apabila doktor memberitahu aku terpaksa ditahan wad lagi. Rupa-rupanya
Hb darah yang diambil seminggu sebelumnya telah turun semula dari 11.2
kepada 8.5. Aduhai.. sedih rasa hati sedangkan semangat berkobar-kobar
mengandaikan diriku telah bebas dari amenia. Ya, Allah..
Terus aku ditempatkan di wad 9.. Adik-beradikku yang pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan terus menjenguk dan membawa barang-barangku kerana aku tak bersedia apa-apapun.. Sedihnya tak terkira sebab ingin menyambut 1 Ramadan bersama-sama adik-beradik yang telah lama tidak pulang ke kampung. Nampaknya mereka berkumpul dan aku pula terpaksa bersendirian di hospital. Sepanjang hari membawa ke malam dan ke paginya.. aku tak boleh tidur kerana suasana yang bising dan panas.. Malam ini aku menyambut 1 Ramadan di atas katil hospital.. Sayunya hatiku tak terkira..

Esoknya baharu aku dapat berpindah ke Wad 18.. itupun bilik berempat sebab bilik berdua penuh.. Ingatkan boleh berehat dengan sempurna.. Aduhai.. ada pula pesakit yang asyik meraung dan ada mak cik yang asyik mengumpat keluarganya.. aduhai.. sabar le.. Kerja aku hari-hari makan ubat.. doktor nak tengok ubat tu dapat atau tidak meningkatkan Hb aku.. huhuhu.. terpaksa bersabar sehingga hari Isnin.
Doktor memberitahu perkembanganku. Hb naik sedikit sahaja dan meminta aku bersabar sehingga hari Selasa dan baharu dibenarkan keluar.. Itu pun kena tunggu hasil ujian darah.. Sabar..

Apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana semua keluargaku sentiasa mengambil berat tentangku.. Alhamdulillah aku mempunyai keluarga yang menyayangiku.. Dan sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangi mereka.
No comments:
Post a Comment