Alhamdulillah. Hb telah naik kepada 11.0 daripada 8.9 semasa temu janji doktor pada 13 Ogos 2012. Sangat-sangat gembira. Sebelum berjumpa doktor.. selawat dan berdoa berulang kali sebab bimbang akan ditahan wad lagi. Maklumlah kalau kena tahan wad dah nak hampir raya ni.. tentulah susah hati.. bukan diri sendiri susah.. nanti akan menyusahkan keluarga pula..
Hari itu pesakit sangat ramai. Nak jumpa doktor pun kena menunggu dua jam. Lepas tu setengah jam lagi untuk mengambil ubat. Tetapi itu semua amat berbaloi dengan keputusan ujian darah.. seronoknya.. Lepas tu singgah membeli beg tangan dan kasut.. hadiah untuk diri sendiri kerana semakin sihat. Seronoknya.. Dapatlah berhari raya dengan gembira... Terima kasih Allah atas kurniaan kesihatan yang baik ini... Aminnn...!
No comments:
Post a Comment