Peristiwa banjir 2006 berulang lagi. Kata orang banjir besar biasanya berlaku 20 tahun akan datang. Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kali ini, aku mengalaminya lagi setelah memulakan kehidupan di rumah sendiri. Diari ini kutulis supaya tidak lekang dari ingatanku.
Isnin, 31 Januari 2011
Sepanjang petang itu aku memasukkan baju-baju yang belum berlipat ke dalam beg baju dan mengemas barang-barang yang lain. Mana-mana barang yang boleh diletakkan di dalam kabinet dapur bahagian atas aku letak. Sehingga waktu Maghrib, aku lihat jiran-jiranku bertenang sahaja dan tidak berkemas barang sedangkan air sungai telah mula mencecah kedai-kedai lama. Aku jadi malu pula sebab kelam-kabut. Lampu di luar rumah aku matikan sebab malu kalau mereka ternampak perkara yang aku buat. Perlahan-lahan secara senyap aku menyumbat beg-beg baju, televisyen LCDku, Microwawe Oven, dan 2 buah laptopku ke dalam kereta. Jiran di sebelah kanan rumahku mula berlegar-legar keluar masuk rumah. Mesti perasan aku sibuk menyumbat barang di dalam kereta. Pukul 8.30 malam aku keluar meninggalkan rumah menuju ke rumah keluargaku. Terkejut melihat air mulai sampai di jalan besar berhampiran masuk ke taman perumahanku. Alamak! Malam itu aku tidak senang duduk. Aku SMS jiran-jiran supaya memberitahuku jika air mula masuk ke kawasan rumahku. Sempat juga berFB dengan rakan-rakan tentang keadaan banjir. Dalam keadaan tidak senang hati, aku terlelap juga.
Selasa, 1 Februari 2011.
Aku tersedar pukul 4.30 pagi apabila mendapat SMS dan misscall daripada jiran-jiranku. Semua penduduk diarah berpindah sebab jalan utama telah dipenuhi air. Aku risau sebab barang-barang besar belum dipindahkan. Hendak mengejutkan abah tidak sampai hati pula sebab dia tidak begitu sihat. Lepas Subuh abah beritahu dia telah menyewa lori untuk memindahkan barang-barangku.
Sebaik-baik sahaja meredah air sepanjang 200 meter, aku menuju ke sekolah menengah pula. Semasa aku sibuk mengemas rumah, orang pejabat sekolah menyuruh guru-guru mengemas sekolah pula. Huh! Aku berjalan 500 meter dalam keadaan letih dan lapar. Basah pula sebahagian baju dan seluar trekku. Tanpa banyak bicara aku mengemas pula bilik khas jagaanku setelah semua rakanku tidak dapat dihubungi. Tak tahulah dari mana dan bagaimana aku dapat kekuatan pada hari itu sedangkan pagi itu setitik air dan sesuap makanan belum kujamah. Setelah semua peralatan komputer dan kotak-kotak kertas diletakkan di bahagian atas almari, aku meninggalkan sekolah. Abah telah datang menjemputku. Rakan-rakanku masih mengemaskan barang-barang. Setengah jam kemudian kawanku SMS dengan berita: air laju memasuki kawasan sekolah.

Aduhai.. ketika itu aku di rumah makcik sepupu emakku, menolong dia berkemas barang pula! Hahaha... Keretaku sudah jadi lori mengangkut barang pula! Tengah hari aku balik kebuluran di rumah keluargaku. Pada pukul 2 petang, jiranku SMS dan memberitahu bahawa kawasan rumah kami telah dinaiki air. Rumahku telah dipenuhi air. Sedihnya. Terkenangkan barang-barang yang ditinggalkan dan berdoa agar paras banjir tidak terlalu tinggi.
Dari petang sehingga malam mengemaskan rumah keluargaku pula. Dari pengalaman lepas, rumah keluargaku juga dinaiki air separas betis. Jadi kami meninggikan perabot-perabot termasuklah perabotku juga dengan melebihi paras anggaran banjir. Mak cik sepupu juga tinggal di rumah keluargaku ditambah lagi saudara emakku 5 sekeluarga. Aduh... Bekalan eletrik terputus pukul 11 malam. Terputuslah hubungan internetku... huhuhu

No comments:
Post a Comment