Surah At-Taubah Ayat 128-129

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Friday, February 10, 2012

Ujian Allah Bahagian 4


Isnin 23 Januari 2012
Hari ini Tahun Baru Cina. Dapat duit angpau buat kali pertama dalam hidup... hihihi.. Ada Persatuan Cina yang datang melawat ke hospital dan memberi angpau kepada para pesakit. Tengah hari mak cik di katil sebelah dapat pulang ke rumah. Tinggallah aku seorang diri. Petangnya mak cik dan sepupuku dari Mersing dan JB dan sampai diikuti Mak Cik Ros sekeluarga. Apalagi riuh rendah bilikku dengan suara kami. Siap nurse tersalah nak ambik tekanan darah sebab mak cik Siah duduk atas katilku.. hahaaahaaha... petangnya emak dan abah datang. Bertambah riuh.. Apabila mereka semua sudah balik... sunyi kembali bertandang.. Nampak gayanya malam ini tidur seoranglah aku.. nasib kaunter nurse dekat sahaja.. Akhirnya terlelap juga walaupun rasa cuak dalam diri menerpa.

Selasa 24 Januari 2012
Doktor memberitahuku Hb darahku sudah naik ke 8. Yahooooo aku boleh pulang.. Abah segera kuberitahu. Lama juga aku dan abah menunggu doktor menyiapkan laporannya sebelum mengeluarkan surat kebenaran keluar wad. Akhirnya setelah selesai mengambil ubat kami pulang pada tengah hari. Lega... Seminggu lagi aku perlu datang ke hospital untuk diambil darah dan dua minggu lagi perlu menjalani temujanji doktor.

25- 29 Januari 2012
Masih dalam cuti Tahun Baru Cina. Jadi dapat juga bercuti di rumah. Lega

30-31 Januari 2012
Bekerja seperti biasa.

1 Februari 2012
Ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk diambil darah. Harap-harap Hb bertambah baik.

2-7 Februari 2012
Bekerja seperti biasa.


8 Februari 2012
Ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk temujanji doktor.. Ramai sungguh pesakit hari ini maklumlah baharu sahaja naik cuti Maulidurrasul dan Thaipusam. Lama sungguh menunggu giliran dan apabila bertemu doktor lama juga masa diambil untuk study laporan doktor di wad. Akhirnya dia memberitahu Hb darahku dan naik 9 dan laporan darah dari JB tidak menunjukkan aku menghidap kanser. Alhamdulillah. Leganya aku. Doktor memberitahu bulan depan masih ada temujanji sebab kes aku belum ditutup. Alamak ada lagi temujanji. Hehehe.. ubat masih perlu diambil seperti biasa... Apabila siap temujanji doktor, aku ke kaunter untuk buat temujanji bulan depan dan ke Farmasi mengambil ubat... adoi le.. banyaknya bekalan ubat untuk sebulan.. huhuhu...

No comments:

Doa Benteng/Penggerak

Doa Benteng/Penggerak

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran